Tahun 2010, bermula pengalamanku menjalani kem latihan tahunan. Walaupun kaki ini terasa berat untuk meninggalkan rumah dan keluarga tetapi hati ini tetap mengingatkan diri bahawa tanggungjawab sebagai pegawai kadet perlu digalas dengan sebaik mungkin. Anggap sahaja ini sebagai salah satu pengembaraan yang tidak mungkin dirasai di tempat lain. Selama tiga minggu latihan dijalankan, pelbagai pengalaman manis, pahit, tawar dan masin telah aku lalui bersama rakan seperjuangan yang lain.
Fasa medan tahun ini dijalankan di Sungkai, Perak. Bagi peringkat intermediate, permulaan untuk fasa mara adalah di Besout dan seterusnya kami harus menempuh perjalanan hingga ke Sungkai untuk melakukan fasa serangan. Aku ditempatkan di dalam seksyen 3, platun 3. Sehari sebelum bertolak, Sarjan Faisal memberikan nama-nama penjawatan untuk hari esok. Aku dipilih untuk memegang jawatan sebagai penolong ketua seksyen 3. Nasibku agak baik kerana mendapat jawatan yang tidak begitu berat. Sarjan Faisal memberitahu bahawa hari pertama adalah sesi pembelajaran manakala hari seterusnya kami akan diuji. Kesalahan pada hari pertama tidak diambil kira. Mungkin ini boleh dianggap sebagai satu berita gembira bagi kami. Malangnya, bekalan senjata seperti LMG dan M203 yang kurang menyebabkan sebahagian daripada kami perlu meminjam daripada UPSI dan UKM. Aku hanya memperoleh senjata LMG.
Keesokannya, selepas bersarapan dengan sebungkus roti gardenia dan sekotak air soya kami memulakan perjalanan dengan menaiki bas. Perjalanan selama lebih tiga jam itu hanya dipenuhi dengkuran sahaja. Sesudah tiba di Besout, kami meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke pangkalan yang pertama dengan menggalas bagpack masing-masing. Perjalanan dimulakan oleh platun 1, platun 2 dan terakhir platun 3. Sesudah sampai ke destinasi, ketua platun menunjukkan lokasi platun 3 yang merupakan tempat tidur kami malam ini. Ketua platun mengarahkan kami meletakkan bagpack dan melakukan stand to. Kami membentuk two up one down. Selang beberapa minit, Sarjan Faisal akan memanggil ketua platun dan platun sarjan bersilih ganti untuk memberikan arahan. Apabila melihat muka mereka yang serius dan kelam kabut, terasa sangat kasihan apabila mereka tidak sempat untuk makan kerana perlu membuat persediaan untuk memberi perintah mara. Namun, terdapat rakan yang sudi menyuap mereka sambil mereka melakukan tugas. Selepas beberapa jam, pegawai penguji dan CI tiba dengan sebuah kereta. Usai memberi perintah, kumpulan tinjau dari setiap platun melakukan tinjauan. Semasa mendirikan khemah, aku dan dua orang rakanku telah pergi membuang air. Apabila kembali, semua orang sedang melakukan stand to. Aku cepat-cepat berlari menuju posisiku tetapi malangnya stap berada betul-betul di hadapanku. Stap terus memberi hukuman squad jump sebanyak 10 kali.
Kami bangun seawal jam 0530 untuk bersiap sedia melakukan mara pada hari ini. Platun 3 ditugaskan untuk menyelamatkan garis mula. Maka, kami akan memulakan perjalanan dahulu. Cuaca semakin cerah memudahkan perjalanan kami. Di kiri dan kanan hanya terdapat pokok-pokok kelapa sawit. Sebaik tiba di simpang tiga, ketua platun mengarahkan kami masuk ke dalam sebuah ladang dan bersembunyi di sebalik pokok. Ketua seksyen menentukan posisi kami dan seterusnya menunggu arahan daripada ketua platun melalui radio. Kami mendapat arahan untuk bergerak oleh ketua platun. Dengan berhati-hati dan senyap, kami maju ke hadapan mengikut paksi masing-masing untuk memeriksa keadaan kawasan tersebut. Selepas memastikan kawasan tersebut selamat untuk dilalui, platun 1 dan platun 2 melalui kawasan tersebut. Kami meneruskan perjalanan untuk membersihkan tiga buah bound. Semasa tiba di bound satu, tiada seorang pun anggota dalam platun 1 yang menyedari kehadiran musuh di kawasan tersebut maka mereka terus melepasi kawasan tersebut tanpa melakukan serangan dan inilah kesilapan pertama yang telah mereka lakukan. Namun, platun 2 perasan akan kehadiran musuh di situ lalu mereka menawan bound 1 yang sepatutnya dilakukan oleh platun 1. Akibatnya platun 1 dimarahi kerana kecuaian mereka. Setelah ketiga-tiga bound selesai diselamatkan, kami berhenti di pengkalan 2. Kami mendirikan khemah di kawasan tersebut dan penjawatan baru telah dipilih. Pada malam itu, aku tidur dengan lebih nyenyak setelah berjalan sejauh 12 km.
Pada hari ketiga, perjalanan yang kami lakukan lebih singkat berbanding semalam. Pengalaman yang paling sukar aku lupakan ialah semasa menduduki pengkalan ketiga ini. Pengkalan ini mempunyai sungai dan berpasir. Ianya merupakan tempat yang baik tetapi dipenuhi lipan sebesar dua jari. Aku gembira kerana berpeluang memandikan diri tetapi hujan telah turun sejurus kami selesai mandi. Hujan yang rintis-rintis pada mulanya menjadi sangat lebat dan menyukarkan kami untuk mendirikan khemah. Bagpack kami telah basah ditimpa hujan dan kawasan tersebut dipenuhi air hujan yang bertakung. Nasib kami amat malang apabila kami terpaksa membina khemah di tempat baharu kerana terdapat banyak lipan di tempat sedia ada. Mental aku sangat tercabar ketika itu ditambah dengan kesejukan yang mencengkam dan hujan yang tidak berhenti. Keadaan kami ketika itu sangat tidak terurus dan semua orang menjadi baran. Masing-masing menunjukkan wajah yang serius dan tiada yang ketawa. Kami semua sangat mengantuk tetapi tidak dapat tidur kerana khemah yang belum disiapkan. Keadaan ini berlarutan sehingga stap tiba-tiba memanggil kami berkumpul dan memarahi kami. Aku faham mengapa stap menjadi sangat marah dan ini kerana kesilapan kami sendiri. Kami terlampau memikirkan tentang khemah sehingga melupakan hal lain seperti senjata yang basah. Akhirnya aku dan rakanku memilih untuk tidur di atas ponco sahaja tanpa khemah. Aku tidak tidur malam itu kerana seluruh kaki dan tanganku berasa sangat gatal serta kesejukan.
Hari ini kami akan membersihkan tiga bound lagi dan semakin menghampiri kubu musuh. Beberapa meter sebelum tiba di bound terakhir, kami disuruh untuk menggalas bagpack. Aku hendak mengambil bagpack yang ringan tetapi semuanya berat dan basah. Akhirnya aku mendapat bagpack yang agak berat tetapi masih boleh diangkat. Sepanjang perjalanan, aku berasa sedih tetapi memikirkan esok ialah hari terakhir, aku cuba bertahan. Aku hanya perlu bertahan sedikit lagi dan ini sahaja yang perlu aku fikirkan. Apabila tiba di bound terakhir, seksyen aku iaitu seksyen 3 perlu berlari lebih kerana kedudukan kami yang agak jauh berbanding seksyen-syeksyen yang lain. Ketika itu, semua kelihatan sangat penat terutamanya mereka yang berbadan kecil tetapi menggalas bagpack yang besar. Selepas mengambil kedudukan masing-masing, kami menunggu arahan daripada ketua platun. Nasib aku bertambah teruk apabila tempat yang aku duduki mempunyai banyak kerengga. Badanku berasa sangat sakit digigit dan akibatnya aku dimarahi oleh kawan-kawan ku kerana tersasar dari paksi sebenarku. Ketika itu, aku mula menangis dan cuba untuk memperbetulkan paksiku kembali. Aku menangis bukan kerana dimarahi tetapi emosiku yang tertekan akibat keletihan yang terlampau. Walaupun semak samun melebihi ketinggianku dan sukar dilalui tetapi mungkin kerana perasaan marah yang meruap-ruap dan kerengga yang masih menggigit badanku, dengan mudah aku dapat melaluinya. Kalau boleh aku ingin menghancurkan semua semak samun di situ. Akhirnya, segalanya selesai dan hatiku juga semakin tenang. Malam ini kami dibahagikan kepada platun yang baru. Aku ditempatkan di platun 3 dan memegang jawatan sebagai IC Mortar. Malam ini kami terpaksa tidur di bawah hujan lagi. Seperti semalam, aku tidak mampu untuk tidur pada malam ini.
Kami bergerak seawal jam 0300. Pergerakan pagi itu agak sukar kerana keadaan yang gelap dan laluan yang sempit. Kami hanya berpandukan orang hadapan sahaja untuk bergerak. Walaupun mengalami kesesatan pada awalnya, kami berjaya tiba pada lebih kurang jam 0530. Aku dan beberapa anggota mengambil tempat di atas bukit. Platun-platun yang lain pula akan menyerang pada jam H. Kami dapat mengetahui kedudukan kubu-kubu musuh sewaktu berada di atas bukit kerana terdapat beberapa lampu suluh pihak musuh yang menyala. Lima minit sebelum jam H, senjata GPMG menembak kawasan musuh selama beberapa minit. Selepas itu, mula kedengaran suara-suara dan tembakan mereka yang melakukan serangan. Beberapa minit kemudian, serangan kami berhenti dan pihak musuh telahpun berundur. Sewaktu serangan, dua buah kelopak anggota tercicir tetapi kami berjaya menemuinya kembali setelah mencarinya bersama-sama. Selepas membantu senior menimbuskan kubu semula, kami bertolak ke markas untuk pulang ke kolej. Sepanjang menjalani kem tahunan ini aku mendapat pelbagai pengalaman dan pengajaran. Kita tidak sepatutnya mementingkan diri kerana semua orang juga mengalami kesusahan yang sama seperti kita sebaliknya cubalah membantu rakan-rakan yang lain barulah segala yang kita lakukan akan berjaya kerana kerjasama daripada setiap orang yang terlibat. Paling utama, pergantungan pada Allah swt perlu kuat kerana semasa di hutan Allah swt sahaja yang mampu membantu kita.

p.s: Kami berjalan sejauh 38km selama 4 hari 3 malam, bermula di Besout dan berakhir di Sungkai. Macam tak percaya. Tak sanggup nak buat lagi.
No comments:
Post a Comment