Tuesday, 7 May 2013

Kenapa pendiam


Aku merupakan seorang yang pendiam. Sejak dulu ramai sahabat yang bertanya,

"Kenapa pendiam?",

Jawapanku sentiasa sama, "Entah, memang dari kecil".

Aku sendiri tidak pasti bagaimana diri ini menjadi pendiam. Sering kali juga aku berasa terganggu dengan keadaan ini. Aku menangis dan menanyakan pada Allah,

"Kenapa aku pendiam?", "Kenapa aku seorang yang suram?", "Kenapa aku tidak mempunyai kawan rapat?".

Aku menyalahkan Allah atas keadaanku ini dan merasakan Allah tidak adil kepadaku. Tetapi benarkah begitu?

Aku mengkaji asal usul pendiam ini tetapi tiada jawapan yang kutemui. Aku merupakan seorang yang ceria dan banyak bercakap apabila bersama keluarga. Malah, aku juga lebih rapat dengan saudara mara yang aku kenali sejak kecil. Keluargaku tidak ramai yang pendiam. Malahan abang sulung dan kakak sulungku merupakan antara yang sangat peramah dan mempunyai ramai sahabat. Aku paling rapat dengan kakakku dan dia merupakan sahabat yang aku kenali sejak bayi. Kakakku boleh dikatakan agak popular di kalangan saudara dan sahabat-sahabat. Rakan-rakan ayahku ada yang selalu bertanya di mana Athirah kerana kakak sangat suka bercerita walaupun dengan orang yang lebih tua menyebabkan ramai yang suka melayannya. Dan aku akan duduk disisinya sekadar memerhati tanpa sepatah bicara. Emak pernah bercerita bahawa kakakku selalu ke rumah jiran-jiran untuk bermain dan bersembang dengan mereka sehinggakan makcik-makcik di perumahan tersebut tahu perkara yang berlaku di rumah seperti TV yang baru dibeli kerana segalanya diceritakan.

Aku ibaratkan kakak seperti bunga yang berkembang mekar sehingga menarik perhatian ramai manakala aku ibarat daun yang menumpang keindahan bunga tersebut.

Emak dan ayahku pula tiada yang pendiam sepertiku. Emak merupakan seorang yang pandai bergaul dengan orang ramai dan suka bercerita seperti kakakku. Aku merasakan kakakku mendapat sikapnya dari emak. Tetapi emak tidak garang seperti kakak. Ayah juga tidak kurangnya hebatnya dan tidak kelihatan seperti seorang yang pendiam. Aku tidak begitu rapat dengan ayah. Aku mula sedar tentang ini apabila ayah mengambilku pulang dari matrikulasi sempena cuti minggu. Kali pertama berdua dengan ayah menjadikan aku kekok untuk bercakap dengan ayah. Selama ini, aku selalu bersama dengan ayah ketika adik beradikku ada sekali. Jarang aku bersendirian dengan ayah. Aku juga agak takut dengan ayahku yang garang. Mujurlah ayah bertanyakan tentang kehidupanku di matrikulasi. Aku mula bercerita dengan ayah dan rasa kekok ku hilang setelah beberapa kali ayah mengambilku.

Aku tidak banyak menceritakan masalahku pada emak kerana aku jenis yang memendam perasaan. Aku lebih rapat dengan emak tetapi tidak banyak bersembang dengan emak. Aku hanya menelefon emak apabila mempunyai perkara yang boleh dijadikan isi perbualan kerana bimbang sekiranya aku tidak bercakap apa-apa. Tetapi emak lebih banyak bercerita manakala aku akan menjawab "ye ke?", "aah", "emmm", "haha", "ok". Walau bagaimanapun, mereka berdua ialah insan yang paling aku hormati, sayang dan rindu melebihi orang lain di muka bumi ini.

Percaya atau tidak, sepanjang diriku belajar di tadika pada usia 5 tahun, aku tidak bercakap sepatah pun dengan rakan-rakan yang lain. Aku hanya membisukan diri menyebabkan diriku tidak mempunyai seorang kawan pun semasa tadika. Bukan kerana tidak mahu berkawan tetapi aku tidak tahu bagaimana untuk berkawan. Aku mempunyai perasaan takut pada orang baru dikenali.

Sikap ini juga menyebabkan aku dibuli semasa tadika dan darjah 1. Yang menghairankan, mereka jugala yang menjadi sahabatku. Mereka akan memarahiku jika aku tidak patuh pada arahan mereka. Demi kawan, aku tidak kisah.Pernah terjadi satu kisah dimana aku menimbulkan kemarahan rakanku atas sebab yang tidak dapat aku ingati. Dia sangat marah padaku dan mencubitku beberapa kali sehingga pahaku menjadi lebam. Semasa di rumah, kakak perasan tanda lebam yang banyak pada pahaku dan aku terpaksa menceritakan segalanya selepas didesak. Kakak berjumpa dangan sahabat ku keesokannya. Kakak memarahi sahabatku sehingga dia menangis ketakutan. Kakak seorng yang berani mengatakan apa yang dia rasa walaupun orang lain akan membencinya. Sejak itu, aku tidak lagi dibulinya. Pembulian yang berlaku tidak dapat aku ceritakan semua namun. sukar untuk aku melupakannya.

Apabila menginjak ke sekolah menengah, sikap pendiamku masih tidak berubah tetapi aku sudah mampu berbual dengan rakan sekelas dan memiliki beberapa sahabat walaupun tidak ramai. Ini adalah sesuatu yang positif walaupun aku tidak rapat dengan semua rakan sekelasku. Mereka tetap menerimaku dengan baik. Aku berusaha untuk sentiasa tersenyum supaya mereka lebih selesa dengan diriku.

Kehidupan universiti pula jauh berbeza daripada sekolah. Ruang persahabatanku menjadi luas dan sahabatku semakin bertambah. Aku mampu untuk bergaul dengan orang baru dikenali dan perasan takut yang wujud sudah beransur hilang. Keadaannya lebih baik daripada dahulu. Kisah silamku juga semakin jauh meninggalkanku. Walaubagaimanapun, sikap pendiam masih lagi sebati dalam diriku kerana masih ramai yang bertanya "kenapa pendiam?", tetapi aku sudah mula menerimanya sebagai sebahagian dari diriku. Aku menerima kekuranganku kerana manusia tidak sempurna. Aku tahu aku tidak akan mampu membuangnya terus dari hidupku tetapi kita boleh berusaha mengatasinya.

InshaAllah, aku akan menulis mengenai cara-cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi sikap pendiam ini lain kali. (^_^)

0542
Rabu
08/05/2013

82 comments:

  1. Hai mirah, akak pn pendiam malah pemalu...xpela, yg penting kita bkn sombong....bg akak, akak pendiam kerana ibu akak ajar jgn menyampuk bila org lain sdg bcakap, kalau xde benda penting nk ckp, baik diam, kurang dosa drp bcakap kosong...bykkn zikir dan selawat....lama2 akak dah terbiasa dan mjadi personaliti akak...tp disebalik kekurgn akak bercakap, akak seorg pendengar yg setia...cewahh...akak mmg suka mdgr terutama masalah org lain....kirenya akak ni lbh kpd kwn menangis berbanding kwn ketawa...jd tiap2 kekurangan ada kelebihannya....akak yakin mirah pn ade kelebihan tersendiri yg org dsekeliling mirah x ade, kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan2.. thx kak.. nasihat yg sgt berguna utk saya..

      Delete
  2. hai mirah,,saya sa...masalah awak ni same dgn masalah saya..saya pon mempunyai msalah susah bergaul dengan org yang bru kenal.kadang2 saya lebih suka mendiamkan diri drpd melayan orang atau kwn2 yang berbual..tapi saya masih lagi pendengar yang setia,,hehe..
    kakak saya seorang yng banyak ckp,,,saudara mara lebih suka borak ngn kakak drpd saya..sebb akak ada byk idea nk ckp..dan sy mmg lebih rapat dg mak drpd ayah saya..
    saya dah cuba atasi masalah dan cuba tuk berbual..tapi masalahnya,,saaya xde benda nak dibualkan..sebb tu la sy lebih suka duk diam saja..
    even skang kt universiti pn,,saya x rapat sgt dgn ahli2 persatuan yng saya join..kadang2 saya rasa x selesa juga sbb bila time nk bt kerja timbul rasa awkward tapi tu lah hakikatnya..kadang2 rasa disisihkan oleh ahli2 persatuan sbb sikap sy yng x byk ckp ni..
    tpi kelebihan sy,bila sy dah betul2 kenal dan selesa dgn orng tu,,contohnya rumate,,sayalh orng yg paling byk ckp..hee ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita lebih kurng sama.. klu dh rapat.. bru cakap x brhenti kan? hehe.. tpi biasanya melalui keje baru kita akan jadi rapat.. so keep up!

      Delete
    2. saya pun same..stress dari dulu mmg sy pendiam..xtau nak ubah cmne..tmbh kronik sy dah la brumur..kat tmpt kerja kalu pndiam ni susah..org akan tgk kita ackward je..xselsa

      Delete
    3. sama lah.dah prtghan 30an skrg,,still mcm ni jgk..smpi ada 1 tahap,,trlmpau mmikirkn knp diri ni pndiam,,mnangis..kalau sis sudi,,tggalkn lah no.fon..nti sy add msuk dlm group..&pd sesiapa shj yg mengalami nsib yg sama,,tgglkn no.fon korag..nti sy add msuk group..kita boleh kongsi pglamn msing2&tukr2 pndpt..��

      Delete
  3. Saya lagi teruk... Dulu rapat sangat dengan sepupu2, tp sekarang sepatah pun tak pernah cakap ngn dorang...sampai mak n bapa saudara pun jadi segan dia saya.. Saya sedih sangat.. Hakikatnya saya sangat rindukan dorang n selalu mndoakan dorang.. Saya pun xpernah tau knape saya menjadi pendiam dan semakin jauh dengan saudara sendiri.. Tp saya brnasib baik kerana slpas masuk universiti saya mmpunyai 4 sahabat yg rapat.. Walaupn begitu saya tetp tekilan n sedih sebb tidak dpt berbual denga saudara seperti dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, adik still ada sahabat2 yang rapat...bgs mcm tu...tp jgn risau ttg hubungan adik dgn sepupu2 sbb mereka bkn mcm kwn2, bila kenduri kendara, akan bjumpa juga...adik msh ade peluang utk mjalin semula hubungan yg tputus tu...kdg2 kita jadi terputus hub bila kita tlalu fokus dgn masa dpn dan kejayaan kita....kita tiada masa utk org lain...maka jurang tu akan kelihatan...kalau adik sedarinya dan nak perbaikinya, cuba adik adekan masa utk sepupu2 adik....cuba call slh seorg yg plg rapat sekadar utk btanya kabar...tanya keje apa, anak dah berapa...hehehe....semua org suka bila ada org care ttg mereka jd adik jgn risau yg panggilan adik akan mengganggu hidup mereka...inshaa Allah semua akan berjalan lancar kalau adik nak usahakannya ;)

      Delete
    2. Betul2.. kadang2 kita jadi jauh dengan sepupu kerana jarang berjumpa.. jadi boleh cuba tanya soalan simple2 or bercerita hal waktu kecil2 pun bagus

      Delete
  4. Hai mirah , sye pon seorang pendiam dan pemalu . Sye selalu digelar pendiam di dlm kelas , sye tiada sahabat . Di dalam kelas sy slalu berseorangan . Teringin juga mahu berkawan , gelak ketawa bersama sama . Kadang-kadang cemburu juga . Keluarga sye tiada sorang pon yg pendiam kecuali sy . Sy nemang tak pandai bergaul sejak sy tadika lagi smpai sye sklah menengah . Sye cuba buang sifat pendiam tu . Tapi tak berjaya , saya masih pendiam ��������

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy paling stress bila orang akan tnya knp diam sgt..lagila xboleh nak ckap ape..penah skali kwn baik sy cakap sy ni xbest bila bercerita sbb bla ckap dgn sya asyik xde feedback//sy cuba nk buat2 havoc ..tp xblh....!!!!

      Delete
    2. Saya pun sama, dulu masa kecil2 saya banyak bercakap, kuat bercerita, nak di katakan saya ni dalam kelas dulu yg paling bising dan paling bnyk cakap, kawan2 saya dulu ramai yg suka berkawan dgn saya di sebabkan mulut saya ni yg tak pandai nak diam, tapi semakin membesar ni saya dah makin lama makin tak bnyk cakap, saya dah tak pndai bergaul, kawan2 saya skrg kat tmpt kerja rasa mcm bosan dgn saya sbb saya ni jnis yg pendiam saya pun tak tau apa masalah saya smpai saya jadi mcm tu,, actually saya tak suka diri saya yg skrg..saya nak diri saya yg dulu

      Delete
  5. Hai amirah...saya juga pendiam dan xtau nk mulakan bicara dgn org lain....kadang wujud masalah lebih selesa pendam dan cuba buat sendiri...tp jgn risau la org pendiam ade bakat yg baik....diam xbercakap tp petah berkata2..hehehhe...itu yang saya alami....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.. walaupun sekarang dah 2020 tapi nak reply juga hehe.. mcm saya pendiam ni sgt fokus bila buat kerja.. ok la kan

      Delete
  6. hai mirah..saye pn mcm awk jgak..arse tersisih sgt kan..kdg rase mcm xberguna pn ada jgak..sedih jgak ble pk kite nie nape pendiam sgt..kdg2,,cube jgak nk buang..tp mcm xleh plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.. lebih baik jika jangan terlalu memikirkan.. fokus pada kebaikan kita.. kalau semua banyak cakap susah juga kan

      Delete
    2. ye dik..sama lah kita..cuba juga utk brbual byk,tp akhirnya janggal..kdg bila pkir blk,tah pape soalan or topik yg keluar dr mulut sy yg mcm x kena or patut ditanya dlm wktu tu..semuanya dsbabkn x nk suasana tu jd krik2&pkir x nk org lain brasa x selesa or bosan bila dgn kita..last2,,klau dah x ada topik nk ckp,sy mmg membatu je lah..klau sudi,,tggalkan lah no fon..nti sy add msuk gp..kita bleh kongsi@tukr2 pndpt dgn kwn yg lain

      Delete
  7. saya ni jenis banyak cakap. saya selalu stress bila kawan2 suruh diam. saya banyak cakap diorang semua tak bercakap. saya ingat dapat ceriakan suasana. tapi malah diorang asyik suruh saya diam. jadi apa yang perlu saya lakikan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruskan aja bercakap ceriakan suasana tapi berpada-pada.. boleh kn? He2 maybe ada masa kwn2 nak suasana senyap

      Delete
    2. untung lah awk..rsanya lg stress klau ada mslah pndiam drpd byk ckp..org pun x bosan bila duk dgn kita..cumanya awk sndri lah kna pndai uruskn bila masabprlu brckp&stop..kna tgk jgk klau kwn tu muka lain mcm,,mood brubah,,jgn lah awk brckp x hnti.brtnta ituini yg x ptut/x kna msanya..mmg lah stress kwn tu sruh diam..

      Delete
  8. Good entry sis.. saya pon ada masalah sama mcm sis juga.. saya x terlalu pendiam tapi bila kawan kita tiba2 react lain mcm dgn kita automatically kita akan rasa awkward n takut nk approach diorang. Saya takut nk dekat dgn org yg bru saya kenal.. tpi sebenarnya boleh je kalo nk rapat cuma skrg ni AWKWARD tu jdi masalah.. tips yg boleh saya share nk jdi peramah ni ialah korang cakap je apa yg korang rsa nk ckp.. mmg mula2 org akan mcm "ish pehal dia ni cakap tah apa2" and feedback diorang pon akan mcm "ek eleh" je kan tpi lama2 diaorang akan kenal perangai kita n get into dgn diri kita.. hahaha thats what i did to overcome my pendiam..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak mira..
    Saya nk share pengalaman.. masa saya kecil saya memang sangat2 pendiam. Di sekolah rendah sy pun selalu berseorangan. Sampai satu thp tu semua org tegur saya, knp sangat pendiam? Kadang2 rasa tertekan disebabkan personaliti sendiri ni. Tp bila dah masuk sekolah menengah.. saya belajar bergaul.. saya dah mula ada beberapa kwn rpt.. wlaupun tak dinafikan ada beberapa org tegur sy kurang bercakap. Nak buat mcm mana.. dah mmg fitrah kita, tak boleh nak buang sepenuhnya. Hehe. sampailah skrg, saya dah form 5.. mula ada keyakinan diri.. dlm kelas dah byk brckp sikit.. cikgu pun dah kenal saya. Kalau sekolah rendah dulu, nama saya la paling cikgu tak igt hehe. Pnjg lg nak cerita tp setakat ni je lah.
    Apapun, kita jgn anggap sifat pendiam ni mcm keburukan sbb setiap manusia ada sifat masing2 dan semua manusia tak sempurna.. yg penting sentiasa bersyukur kpd Allah.. :) kan? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun komen tahun lepas tp saya tertarik ayat yg paling last.. yg penting bersyukur.

      Delete
  10. Assalamualaikum kak mira..
    Saya nk share pengalaman.. masa saya kecil saya memang sangat2 pendiam. Di sekolah rendah sy pun selalu berseorangan. Sampai satu thp tu semua org tegur saya, knp sangat pendiam? Kadang2 rasa tertekan disebabkan personaliti sendiri ni. Tp bila dah masuk sekolah menengah.. saya belajar bergaul.. saya dah mula ada beberapa kwn rpt.. wlaupun tak dinafikan ada beberapa org tegur sy kurang bercakap. Nak buat mcm mana.. dah mmg fitrah kita, tak boleh nak buang sepenuhnya. Hehe. sampailah skrg, saya dah form 5.. mula ada keyakinan diri.. dlm kelas dah byk brckp sikit.. cikgu pun dah kenal saya. Kalau sekolah rendah dulu, nama saya la paling cikgu tak igt hehe. Pnjg lg nak cerita tp setakat ni je lah.
    Apapun, kita jgn anggap sifat pendiam ni mcm keburukan sbb setiap manusia ada sifat masing2 dan semua manusia tak sempurna.. yg penting sentiasa bersyukur kpd Allah.. :) kan? Hehe

    ReplyDelete
  11. Org pendiam mcm kita ni kdg xdak bakat brckp tp hebat dlm pnulisan ...mcm skrg ni tgh dok taip mcm karangan,klau sembang depan2 mmg xpnjg cmni ..hehe ..bole jdi bisu atau spatah2 jaa ...level konfiden kita rendah ,nk bckp rasa mcm xreti laa ...xtaw nk ckp apa ,bila bckp pulak rsa mcm suara kita tu paling slow laa ,org pulak x dengar,tambah2 bila tgh ramai2 ..rasa malu mcm ckp sorg2 ...pndiam ni bkn pyakit,tp anugerah Allah kt org2 trtentu jaa ...kita pn xmntak jdi cmni ,tp kita kna trima ,dh tu sbhgian dari diri kita ...nk ilangkan mmg xbole ,srius xbole ....mgkin laa kita dh xmcm dulu sgt ,memencil diri ..skrg dh bole bckp ckit2 dgn org an ,ada gak org nk bkwn gan kita ..ok laa tuh ..yg psti ,sikap pndiam tu masih ada dlm diri kita ....bkn xcuba ,tringin jgk nk jdi mcm org lain ,bole sembang ,ada ramai kwn ..tp tu laa kdg xdak topik nk bckp ,rasa di pinggirkan...hehe ...cma bole bgaul gan org yg level bwh2 jaa ...aku tngok yg bckp byk ni pn kdg tambah dosa ja ,sbb depa suka mgata,mulut ckp lepas ,ckp pn mcm riak ...tp xsemua org laa ...xpa la jdi pndiam ,skurangnya kita xsakitkn hati org lain ..kita lebih byk jaga mulut ..huhu ..org lain xsuka xpa ,kita kna kuat ..kita yg kna bwk diri sndiri ,jgn bgantung harap dgn org sgt ... Srius aku ckp ,sbb kdg kita trlampau baek atau cuba baek mcm mna pn dgn org ,tetap akan ada org yg xsuka dgn kita .. Bila kita dh makin dewasa ,kita akan knal byk org n lebih pada tuu ...lumrah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ckp awak sy setuju. sy pon dikategorikan sbgai pendiam juga, sy hnye akn selesa dgn org yg btul2 sy selesa dan tk btkn sye akward semasa bersembang. biasalah manusia sekarang mcm2 jenis, kite baik mcm mne pon ngn org kalo org tu tk suke kite, ttap tk suke kite. sy jenis yg tk suke sembang kosong, sy suke berbual bnde pnting, kalo setakat ckp biase2 tu bole la tpi jgn lha smpai kite kutuk org tu, sy pnh alami dmne sy rse sy tkde kawan jdi sy rse sy perlu ubah diri saya utk menjdi seperti mereka jdi sy btkn diri sy mnjdi seorg yg berckp bnyk, bile mereka sembang sesuatu sy akn mencelah dan selepas itu sy sedar yg diri sy telah dikhianati apebile ade kwn sy tu mengutuk sy ckp buruk psl sy kt kwn yg lain. mse tu sy sedar, kalau rmai kawan tpi sedar tk sedar die pula yg tikam kte pon takde gune. sy percaye, mungkin sy perlukan suasana baru. tk lupe juga berdoa pde allah supaye allah sentiasa memberikan kite yg terbaik dlm ape jua keadaan sekalipon

      Delete
    2. Hu2.. kalau saya alami benda macam ni sy mungkin akan trauma.. ain kira kuat juga.. Alhamdulillah takat ni sy tak alami benda begini.. kalau boleh sy akan cuba elakkan berckp psl org..

      Delete
  12. Hi apa yg awk cerita sama dengan saya... Rupanya ada org mcm sy 😂😂😂.. Plg benci kalau org kata kita poyo ... Padahal xde niat pon nk poyo

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula.. kadang2 bila dah rapat diorang akan cakap dulu ingatkan dulu sombong, rupanya tak..

      Delete
  13. Org pendiam ada kwn xramai.. Tp semua berkualiti ... Dlu dgn kluarga pon x bnyk ckp.. Kkdang trasa juga kluarga sendiri malas nk lyn sy... Tp lepas kerja, sy cuba jd promoter jualan... Alhamdulilah dlm satu hari sy bckp xhenti2.. Klo dgn kwn pon da xkrik2 sngt ... Klo dlu xtau apa nk ckp... Tapi sifat pendiam tu mmg masih ada... Xboleh nk buang da

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. bila kita paksa diri kita untuk bercakap atas sebab2 tertentu.. lama2 kita akan jadi biasa..

      Delete
  14. hehe ramai jugak yang pendiam ye.. samalah kita

    ReplyDelete
  15. saya pendiam jg kot. sebab bila je interview. sy xleh nk ckp. xconfident. sy jadi fobia dgn interview sebab selalu gagal. takut dgn interview. sampai skarang susah sy nk kerja. hidup sy mcm xde harapan. gelap je jalan hidup. kawan2 semua dh kerja dh kawin. sy masih takut2 nk interview. jgn la jadi mcm sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ad ke kerja utk org mcm sy ni? fzolkable@gmail.com

      Delete
    2. Allahuakbar, sama macam saya. Dh dapat interview kerja bnyak Kali still xdpat. Kadang timbul perasaan tnya, mengapa Allah jadikan aq begini ?? Memang xminta pun sifat pendiam..Tapi mengapa ?? Tak akan dapat kerja ke bagi orang yang pendiam.. Kadang sy xkuat hadapi dugaan nie.. Kebanyakkan keluarga sy dh dapat kerja, tapi sy je belum, disebabkan tidak petah bercakap semasa interview. Alhamdulillah, sifat pemalu dh semakin kurang tetapi xpetah bercakap. Allahuakbar, hnya Allah yg tahu. bagaimanakah masa depan sy ? Dapatkah sy menjadi seperti Kebanyakkan org. Sy dh usaha jadi seperti Kebanyakkan org, tetapi akhirnya air Mata yg keluar. Sy xkuat

      Delete
  16. Assalam...
    Nape ye jd pendiam??sy pn alami perkara yg sama.nk jgk jd mcm org lain..pndai bercerita,sembang2.tp,ttp xbole nk jd org lain..mcm x yakin dgn diri bila nk berbicara...
    Stress...sy mcm kearah menyendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, kadang-kadang kita pun rasa pelik kenapa kita dilahirkan x sama macan org lain.. Yalah, orang lain peramah,kita pendiam. Tapi kita x boleh nak salahkan tuhan sebab,apa yang kita dapat sekarang ni adalah kelebihan yang orang lain xde. So, bersyukurlah.. Sebenarnya,diam adalah lebih baik daripada bercakap benda yang sia-sia.. Orang pendiam jugak adalah orang yang banyak berjaya berbanding orang yang kuat bersembang x tentu hala...

      Delete
    2. w,salam..nape jd pndiam..??klau tnya sy,,sy dr kcil mmg dah mcm ni,pndiam&x pndi nk brgaul..&sy rsa slh stu mgkin kturunan jgk..huhu..sbb ayh sy pun jnis x byk ckp&lbih kurg sifat mcm sy..mak plak sbliknya..&dr apa yg sy dah perati,,kbyakn org pndiam,,msti sama jgk mcm sy..jgn push diri utk jd spt org lain,tp dlm msa yg sama,,kita prlhan2 bljr brgaul&brckp.kita pun msti x suka bila org push kita buat suatu pkra yg kita x sukai.sy pun dah usaha,tp still pndiam jgk..wlpn x peramh&byk ckp,,cukup lah dpt buka mulut utk cri topik wlpn kbyakn org lain yg mulakn dlu topik&dpt tokok2 tmbh ckp utk luaskn lg topik tu wlpn lpas hbis stu2 topik tu,jd sunyi blk..jnji kita bknnya smbong.beza ya pndiam&smbong.klau nk join group wasap org pndiam tggalkn no.fon ya..nti sy add&pd semua jgk yg bca&singgah blog ni.terima kasih..

      Delete
  17. Assalamualaikum . sy pun pendiam . mmg dari sekolah rendah lagi . mmg susah laa nak bukak mulut nk bercakap dgn
    org . masa sekolah dulu pun tak byk kwn . kadang kat sekolah sampai org ckp " kau ni tade mulut ke ? Susah betol nk bercakap " masuk sekolah menengah pun sama . diam mcm tu je laa . lg2 dgn org yg kita tak kenal . bila dgn kwn2 okey je , punya byk laaa duk bercerita . pung pang pung pang semua . tp bila org yg tak kenal bercakap dgn aku , automatik aku terus krik krik krik .. masuk je universiti hmm . sama juga . pendiam tahap kronik kot . bila ada nk buat group presentation tu , time tu je laaa org akan dengar suara aku . lepas habis je presentation aku jadi krik krik krik balik . kadang sedih tau kenapa laaaa aku dilahirkan mcm ni
    . kenapa laa aku tak boleh cakap byk , jadi peramah mcm org lain . kadang2 aku cuba juga nak buang sifat pendiam tu. aku try buat2 ckp byk , tp bila aku cuba mmg tak boleh . mmg tak boleh ubah sifat pendiam aku ni . kadang aku cuba gak masuk dlm conversation org lain , bila aku bersuara je semua mcm pandang aku lain mcm . terus aku fikir " pelik ke cara aku cakap " sbb tu laaa aku rasa lebih baik diam je klo takde benda nk ckp . tetapi satu je aku nk ckp , aku pendiam tapi bila time lecturer ajar ke apa mmg byk idea dlm otak aku . bila lecturer suh buat short presentation mmg byk idea dlm otak aku . Bila buat presentation pulak aku okey je . aku tak malu ke apa ke . mmg ada org puji cara aku buat presentation tu menarik dan kadang2 aku selitkan bahan lawak dlm presentation tu dan aku berjaya buat org lain ketawa . tp bila habis je presentation semua tu hilang . entah laaa . penyakit ke apa ke , aku pun tak tahu . aku tak suka dikelilingi oleh org yg talkative sgt . aku jadi serabut . kadang aku lebih menyendiri . aku nk mkn pun sorang2 , pegi mana2 pun sorang gak . Aku rasa selesa mcm tu . Hahahahahaa . aku suka buat hal aku daripada bercakap benda yg takde faedah semua tu . Skrg ni umur aku dah 26 , ingatkan sifat pendiam tu boleh hilang laaa tapi hampeh ! pendiam situ je laaa . first day kat tempat keje baru , aku dah fikir dlm otak " aduhhh nk ckp apa laa dgn diaorg semua ni " nk kenalkan diri pun takut je . sedih laa bila mcm ni . masa first day keje tu aku dah dpt kwn tp semua mulut tak berhenti nk bercerita . nk tempat kerja nk bercerita . time mkn pun nk bercerita . dr pkul 8pg sampai la pkul 5ptg non stop diorang duk bercakap . aku mula rasa serabut nye ya allah . aku dah habis idea nk ckp apa . aku aahh ye ye je la .. sehari dtg kerja tu aku penat . Bkn penat buat kerja tp penat nk bercakap dgn org yg talkative . ckp sikit gelak . ckp sikit gelak . aduhhh .. stress aku . aku bkn la sombong tp aku akan bercakap bila aku rasa benda tu penting je . emm . mcm tu laa . aku pun tak tahu nk ckp mcmana .. aku pendiam pendiam dan pendiam . :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii awak. ... Kalau saya ada tmpat awak saya pasti akan jadi bestie awak... Saya pun macam awak jugakk.. Saya pun kena gelar pendiam disebabkan saya tak suka orang cakap benda yang tak berfaedah.. Buat lawak hambar apaa semuaa. Tp yang rugu nanti kita tgok drg. . Kerja tak habis habiss. .. Suka makan gaji buta.. Kerja pun cakapp jerrr sbb drg tu sebenarnya org yg pling alonee.. Sy mcm awak suka memikirkan fakta kehidupan.. Semua yg saya lakukan adala profesional.. Saya akan menganggap org lain matang.. Dan baik.. Saya akn reespect org dgn berhati hati kalau berkata.. Kalau sy prsention kat dpan smua org akan gelak dan gelak jer. Ak pun tak tahu nape mereka gelakk.. Tp the point ak berjaya lulus .. Ak plajar yg dipuji.. Apa smuaaa ak dpat.. Dlm sukan pun ok.. Tp ak pelik mereka tak nak kawan dgn ak.. Ak ni selalu kena berdikari.. Untuk tak nak fikir smua ni.. Ak cuma bayangkan ak tnggal di London.. Melihat permndangan indah.. Shoping sendiri... Beli itu ini.. Selfie.. Then ak tdur.. Main game. . Fokuss.. Tu jerr kerja aku hahahaha... Hehe harap tu awk follow hdheh

      Delete
    2. Kan.. Sy pun sama..mcm mana hidup korang sekrg? Still sama ke?

      Delete
    3. btul tu..sebijik mcm aq...bila ada presentation ke...interview ke...alhamdulillah semua leh bt dgn baik...cuma bila nk komunikasi dgn org...cthnye msa lepak2 ka tu yg jdi masalah... x dak idea nk cakap apa. Kdg2 tu sampai ada org kata awt hg ni diam sgt dan acah2 sombong. Aku bknnya sombong cuma x dak idea nk ckp apa. Kdg2 seseorang tu perlu dok kat tempat kita bru dia tau rsa mcm mana. Bila jenis pendiam ni, kwn pun x brp nk ramai. Kdg2 rasa mcm diri ni di pergunakan ja..ye la kwn2 pon kdg2 mai sbb nk kan pertolongan..hbis dh tlg..krik2 ja...sedih siott....yg plg x thn masa intern...aq asyik jdi mangsa bhn ja...ye la x reti nk menjwb tu yg asyik kena bhn ja..aq ni bkn nya hati tisu sgt..nk bhn tu x dk masalah cuma bila dh kerap2 sgt ni, rasa geram plak..tpi ape leh bt thn & diam je la...yg plg sedih last day intern tu..aku ada bt kenduri skit2..mcm farewell la kan..guna duit sendiri kot nk dkt rm 200 gak arh...dh aku sorang jaa yg hidangkan semua mknan2 tu...cuma dtg satu masalah..aq x reti nk jemput geng2 office tu mai mkn....x kan aq nk bgn dn jerit kat semua org suruh mai mkn...nk bt mcm tu bkn x leh sat g nmpk mcm biadap ja, aku ni intern je kot...nsib ada kak sorang tu mai tnya kat aq dah boleh mkn ke & aku kata dh boleh mkn..then,lps tu kak tu pon inform kat semua geng2 office dan lps tu tu aq kna bhn lagi...diorang kata "Laa ada kenduri ka...ish2..kenduri spa...ada kenduri x reti nk bgi tau"...pdhl aq dh inform kat geng2 office 3 hari sblm tu time breakfast mcm tu....sedih siot...lpstu aq biar je diorang mkn, aq x join skli..x dk mood kot...aq niat last day tu bt mkn2 kiranya mcm sedekah laa ..siap aq order nasi & lauk lebih utk diorang...last2 jadi mcm ni plak...since aq x join diorang mkn..still leh dgr gak diorang jadikan aq sebagai bhn jenaka...siot tol..panas aq...mcm x dk adab je...dh aku belanja mkn..pastu kna bhn lgi...itu je la kot coretan aq ni..kisah yg benar dari seorang introvert

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. ye awk..sy x fhm dgn ORG2 YG BYK IDEA NK CKP ni nk drpd org spt kita..kita buat keje kita sndri,,x ada nk sakitkn hati org,kita pun x smbong(beza ya pndiam&smbong)org tanya kita jwb leklok&CUBA msuk dunia dieorg dgn mnjdi byk ckp spt dieorg,,tp skjp pastu krik2 blk andai org tu pun yg sy sama dgn kita..tp mreka yg byk idea nk ckp ni tetap nk bahan,,perli2.hello,,sjak dr kcil mmg dah djdikn PENDIAM,,bknnya x cuba brubah.struggle kot nk ubah diri msuk jd mcm org yg ramah ni.

      Delete
    6. org2 yg byk idea nk ckp/peramah,pndai brgaul ni ptut brsyukur x jd mcm kami yg pndiam ni.jgn lah jdkn kami bhn perlian korg..kami dah cuba utk jd mcm korg,lgpun kt dunia ni,,semua ada psagan..lelaki,ppuan.cntik,hodoh.peramah,pndiam.kurus,gemuk.pndai,x pndai.klau x suka kmi dsbabkn kmi x pndi brgaul or pndiam,diam je lah mlut tu.x pyah myakitkan hti org dgn kata prlian tu or mmbahan kmi.lgpun kmi pun x kcau korg,kmi

      Delete
  18. Kadang-kadang diam itu lebih baik. Sebab, kadang-kadang banyak bercakap juga tak elok jika tak kena gaya...

    ReplyDelete
  19. Aku digelar pendiam... Tapi aku bukan pendiam.. Lebih better dikatakan pendiam daripada dikatakan pemalas.. Ak selalu mencari kawan untuk berkawan namun tiada stu pun yang kisah mengenaiku.. Saya bersekolah d preu .. Saya sedih dengan kehidupan sy semasa d sanaa.. Saya cantik dan semua guru memujiku.. Mereka tidak menyapaku melainkan aku yang menyapa mereka.. Mereka tidak mengajakku kemana mana seperti waktu rehat dan semasa nak ke dewan. . Ak tersisih dgn perbuatan mereka yang selalu meninggalkan aku.. Ak yg mendekati mereka.. Mereka akan kata... Kasihan laaa kau. . Mari berkawan dgn kitorang.. Mereka akan mula perkataan yg menusuk hati.. Pdahal lpas tu drg tak ambil pduli pun psal ak sperti mereka mnggunakan ayat buli.. Sy pndai brmain bola tmpar dan ckgu slalu memuji kebolehanku.. Ak cantik sprti kemiripan neelofa. Ak selalu digelar ratu cantik.. Dan kawan kawanku hanya mentertawakan dan ak hanya snyum dgn cara mereka.. Ak srng pemimpin yg hebat jka brada d kem kpimpinan.. Ak tiada teman. . Ak rasa dibuli dgn perbuatan mereka. . Semuanya org disana ada kawan makan sama2, blajar sama2 , kmana sama2 .. Ak ni tak diajak mlainkan ak yg kataa... Korang p mana? Ikut?? Mereka bawa tp tk ckp sepatah ttng ak melainkan brkata ttng peribadi hdupku. Ak cuba buat lawak.. Ttapi mengapa ak yg perlu dtg kepda mereka.. Menolong mereka itu ini.. Mreka tk prnh kata trima kasih.. Mereka selalu mengolokku datin kerana aku kemas berpakaian ke sekola.. Aku hairan dgn hidupku.. Ak kdng2 menangis dijoloki dgn gelaran sperti datin.. Pendiam.. Kasihan.. Ak tdk tahu.. Hal ini sangat membuatku dlm penjara dan prlu menatap wajah-wajah mereka setiap hari... Pengalamanku kali ini mencabar.. Kerna ak tdk tahu mengapa ak dibuli melalui psikologi. Dulu waktu smk ak mempunyai kawan rapat namun kini mereka ada jd guru tadika dan sambung bljar ke bidang lain.. Ak terperuk dlm menghadapi kwan yg baru inii ...

    ReplyDelete
  20. Sy pulak mse sy tadika x de kwn, sekolah rendah ngn menengah ade lah jgk kwn. Tp bile dh msuk Uni sy jdi pendiam blik smpi skng sy x de kawan rakan sekelas sy dn sy pon x tau nme diorng lgi2 pompuan. Sy pemalu ngn pompuan. Rse nk tegor tp takut nk tegur sbb teringat kisah lme yg sy ni slalu kne palau. Akak ok lgi ade kwn bile dh msuk Uni. Sy x de lgi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm mana keadaan anda skrg? Masa kat uni sebenarnya akak tak rapat dengan coursemate.. mereka jarang ajak akak kluar enjoy skali sebab akak tinggal kat kolej lain.. kat u kalau satu course akan duduk kolej sama tapi sebab akak join palapes jadi lain kolej.. tapi Alhamdulillah bila bab study dan buat assignment diorg tak tinggalkn akak jadi akak rasa bertuah ada coursemate mcm diorg walaupun bab kluar enjoy2 takde.. jadi akak sgt berterima kasih dgn diorg.. at least akak ada kwn palapes.. jadi harap anda pun akan mendapat kawan kat uni.. pasal pulau itu cerita lame.. maybe di uni berbeza

      Delete
  21. Saya pon.pendiam dan pemalu..xda kawan..dengan family pon saya krik2 dan suka menyendiri kecuali dengan mak saya ..tahap pemalu dan penakut saya sehingga semua tawaran university aku tolak dan memilih terperap di dalam rumah selama 5 tahun selepas spm.saya hanya membantu mak menjadi babysitter...saya pernah juga kerja diluar tetapi cuma bertahan 3 hari kerana sifat malu dan pendiam saya yg makin keterlaluan...kadang saya stress sangat kenapa lah saya ni pendiam sampai menjejaskan masa depan saya..sekarang saya berusia 23 tahun saya makin risau dengan diri saya...saya cuba jadi banyak ckp tp xboleh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah..bkn x nk smbung bljr..tp bila pkir diri yg pndiam&x pndai sosial bila kt alam kmpus,lnyap impian tu..kalau sis sudi,,tggalkn lah no.fon..nti sy add msuk dlm group..&pd sesiapa shj yg mengalami nsib yg sama,,tgglkn no.fon korag..nti sy add msuk group..kita boleh kongsi pglamn msing2&tukr2 pndpt..��

      Delete
  22. Kita sama 😭 Dulu saya pernah sambung study pastu bertahan seminggu je sbb kawan2 saya aibkan saya. Dia burukkan saya, dia ckp sy Xpndai berkawan . Habis dia cerita kt semua orang yg saya ni pemalu. Pstu dia hasut smua suruh jauhkan diri dari saya.. Tapi saya cuba nk ubah semuatu, tpi Xblh. Snhinggakm trpksa berhenti dan duk umh mcm awk jga. Sy rasa mcm Xadil kenapa dijadikan seorang yg pendiam ni...

    ReplyDelete
  23. Memang semua yg di sini pendiam ehh...yeay. Nasib ada geng...saya ingat sayalah org yg plg pendiam di dunia. Saya dh baca komen2 di atas and saya setuju even org pndiam ni x de ramai kwn...tpi kwn2 dia berkualiti dn boleh diharap. Saya x suka mghabiskn masa bersembang prkara x brfaedah tmbh2 dlm klas. Skrg saya di matrikulasi. Wktu zaman skolah rendah dn menengah saya still pendiam tpi saya ada ramai kawan. Mungkin sbb wktu x mtg lagi..so rasa x malu utk brcakap. Bila dh masuk matrik, rasa beza sgt. Saya jdi sgt pendiam dn sdg mencuba utk rapat dgn sorg demi sorg rakan2 dlm kelas. Klau nak berkawan dgn saya mesej la nom ni 017-3599868. Thanks.

    ReplyDelete
  24. Saya dulu kt skolh ade lh jugk geng. Pendiam tu x sngt tp bile msuk Uni sy jdi pendiam sngtt smpi skng x de kwn. Kne buli, kne kutuk dan mcm2 lgi lh. Bile wat kje assignment sy ni x de function duduk mcm orng bdh. X tau knpe sy jdi pendiam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom la kite dengan kawan2 yg lain cari jalan

      Delete
  25. aku pendiam sll sisihkan diri dari keluarga & kawan ..dn aku sll mngurung dlm bilik sehingga kn mak aku merepek mngata kn aku ini mcm org bdoh tktau prkara luar..aku sll mngurung dlm bilik sbb aku ni mcm tkde funtion kepda dunia luar apatah lgi di dlm umh ku sndiri..kdg aku brtanya2 kpda diri ku apa yg mmbuat aku ini mnjadi pendiam & aku sll brtnya mngapa tuhan jdi kn aku bgini lbih baik mati kn aku dari kecik lgi.aku klau dduk melepak ngn kwn2 .kwn2 aku sll ckp aku ni ada mslh kt umh atau kt tmpat kje aku lepas mrh kt yg tktau ape2 padahal aku diam sbb aku tktau nk cari jln mcm ne nk gaul memulakan prgaulan ..hurm aku dh letih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomla kita sama2 cari jalan

      Delete
    2. Jangan sesekali give up.. masanya masih belum tiba.. saya faham ada masa kita tak nak jumpa org.. nk terperuk dalam bilik je jadi mak mesti akan risau.. sesekali dudukla di ruang tamu atau di luar sekadar untuk tunjuk muka.. dan jangan terlalu bencikan diri sendiri kerana dirimu sangat berharga :)

      Delete
  26. Apa kata kita semua buat satu group ws dan sama2 bincang dan cari jalan penyelesaian kepada semua bentuk masalah kita ni...betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha . boleh jerr . tmbh kenalan

      Delete
    2. add saya dlm group ws ye 0168404726

      Delete
    3. Wauuu.. ada ke group wsp ni?

      Delete
    4. sy ada buat 1 group wasap,,awk tgglkan no,,nti sy add..&sape2 yg nk join,,tggalkn no.nti sy add..korg x seorang..jom kita kwn2&shre pglman jd org pndiam ni..

      Delete
  27. Aku seorang lelaki dan juga seorang yg pendiam, bila rakan berbual aku cuma mendengar dan susah sgt utk aku bercakap,aku waktu kecil aku seorang yg byk cakap dan suka berbual dgn kawan2 sekolah, sifat pendiamku bermula apabila masuk sekolah menengah, aku selalu dibuli diejek oleg guru² dan rakam² sekelas, hanya kerana namaku yg buruk, aku sering diketawakan dalam kelas apabila guru memanggil namaku, aku malu dan mulai mengasingkan diri dan selalu bersendirian, aku menangis dalam hati sangat sedih, org tak tau org pendiam ni hatinya sangat baik, walaupun diejek dibuli, org pendiam hanya memendam rasa tanpa membalas perbuatan jahat org lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. orang pendiam ni akan cuba mengelakkan konflik.. saya pun lebih suka mengalah daripada keadaan bertukar menjadi teruk.. rasanya mereka yang mengetawakan nama anda tidak sedar yang sebenarnya anda tidak suka dengan perkara tersebut.. mereka mungkin menganggap anda tidak kisah padahal mereka tidak sedar yg mereka telah melukakan hati anda.. pedulikan saja mereka dan teruskan hidup anda.. yang penting dont give up!

      Delete
  28. Memang sgt menyiksakan jadi pendiam ni, rasa dunia ini x adil, rasa diri bodoh, suka berkurung dlm rumah sampai org kg pun ada yg x kenal aku ini siapa.. rasa nak mati je, nak ngurat perempuan pun malu, hmm rasa x guna lagi aku hidup dlm dunia ni mcm xde function.. aku punya tahap malu ni, sampaikan nak mati pun rasa malu, kawan pun xde, dgn keluarga sendiri pun aku x rapat.. aku hidup sebatang kara, rasa nak ikat kaki dgn batu dan terjun dlm laut lagi elok,.. kalau ada sesape tau ubat utk pendiam, tolonglah info2 sikit kat aku yg malang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan risau.. biarla kita pendiam asal tidak menyakitkan hati org lain.. boleh cuba sertai apa2 kelab contoh macam kelab mendaki or berjogging.. saya dulu paksa diri sertai PALAPES masa kat universiti sebab saya nk cabar diri sy.. dan blh juga cuba bersukan.. sebab bila bersukan automatik kita akan ada kawan bersukan.. yang penting kena latih diri kita berada dalam kalangan orang ramai.. biasanya kalau org yg baru jumpa senang sikit sebab mereka tak tahu yang kita pendiam..

      Delete
    2. encik jgn mcm ni..sy pun mengalami sebiji yg sama dgn encik..dgn adik bradik sndri pun,,x semua sy byk brckp..apatah lg sudara mara..klau encik ok,,tgglkan lah no.fon..nti sy add msuk group..kita bleh share pglamn msing dgn kwn2 lain yg snasib kita..

      Delete
  29. memang siksa jdi pendiam ni...kdg2 org label kita mcm2...sombong,kerek,poyo la...pdhl pendiam ni x semestinya sombong. Kdg2 tgk org lain ada awek...rasa teringin jgk nk ada..tpi tu la..apa blh bt....hnya mampu tgk je la...Kdg2 tu aq rasa mcm x dk msa dpn je tpi bila dok shja2 tu terfikir jgk mesti ada kebaikan jdi pendiam ni.Insyallah, aq bila tgh down ke, slalu ingat bait2 kata ni utk positive kan blk diri "rezeki tu pasti ada sbb dh ditentunkan" yg penting usaha .

    ReplyDelete
  30. Pendiam tak bermaksud kita tak bersosial hanya orang yang betul betul rapat jer tahu perangai kita,janganlah pandang pendiam dari sudut negatif,for me,pendiam tu xde masalah pun asalkan kita pndai nak adapt situasi sekeliling yang penting ignore jer orang yang cakap psal kita

    ReplyDelete
  31. Pendiam Dan peramah...
    Ade pada diri Kita.
    Yang penting buat apa Yang Kita
    Nak buat...
    Yang penting beranikan diri Dan
    Tenang apa yg berlaku.
    Teruskan perjuangan didalam kehidupan
    Dengan sebaliknye.
    Bersyukur apa yg Ada..
    Banyakkan baca ayat Kursi Dan selawat nabi didalam hati setiap Hari untuk
    Hati rase tenang Dan rilek.
    Peduli apa org kata pada Kita.
    Buatlah apa Kita nak buat setiap Hari
    Pendiam Dan peramah itu bukan masalah.
    Soal umur muda atau tua itu bukan masalah.
    Itu semua adalah perkara biasa dalam
    Kehidupan.
    Die peramah atau pendiam ,bagi pendapatku samaje..

    Yang penting Kita jagan putus asa,
    Teruskan apa yg Kita nak buat..
    Tak Kira pendiam atau peramah.

    Konsistenkan kehidupan Kita.
    Itu lebih baik agar kehidupan menjadi
    Ceria utk diri Kita.

    Banyakkan bersyukur pada Allah.

    Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau lah org2 yg x mengalami sifat pndiam brfikirn mcm sis,,alhamdulillah..skrg sy sudah bljr terima sifat tu&sy cuba prbaiki diri supaya x jd trlmpau pndiam&pmalu..tp skjp je&x brthan lama..mmg x bleh nk ubah..skrg,sy cuma jlani khidupn mcm biasa&terima diri dh mcm ni..sy brsyukur dgn apa yg allah dah tkdirkn utk sy..MASALAHNYA cuma org sekeliling kalagn tmpt krja yg RISAU&SIBUKkeadaan sy mcm ni..huhu

      Delete
  32. Aku rase kau ni introverts,aku harap kau cuma borak² pasal perkara positif la,sebab aku sendiri pun tak tahu orang positif ni borak pasal apa???

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum..saya harap saya belum terlambat..tolong add saya dalam grop watsapp 01121182053 saya ika..saya nak improve kan dri saya dengan sikap positif..beranikan diri..saya nak mengatasi sikap pendiam saya..

    ReplyDelete
  34. Me too... Always labelled as sombong pemalu n pendiam

    ReplyDelete
  35. add sya masuk group jugak 🥲🥲🥲😭😭😭 017-5466062

    ReplyDelete
  36. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  37. Respect and that i have a super offer you: When Home Renovation complete house renovation

    ReplyDelete