Tahun 2010, bermula pengalamanku menjalani kem latihan tahunan. Walaupun kaki ini terasa berat untuk meninggalkan rumah dan keluarga tetapi hati ini tetap mengingatkan diri bahawa tanggungjawab sebagai pegawai kadet perlu digalas dengan sebaik mungkin. Anggap sahaja ini sebagai salah satu pengembaraan yang tidak mungkin dirasai di tempat lain. Selama tiga minggu latihan dijalankan, pelbagai pengalaman manis, pahit, tawar dan masin telah aku lalui bersama rakan seperjuangan yang lain.
Monday, 20 May 2013
Friday, 10 May 2013
Aku Peminat Kpop
Sekarang ini timbul isu berkenaan Kpop. Baru-baru ini ramai peminat yang tidak berpuas hati apabila terdapat artis dari Korea yang membatalkan konsertnya di Malaysia. Peminat-peminat ini juga banyak disindir oleh sesetengah pihak kerana terlampau fanatik dangan artis-artis dari Kpop sehingga sanggup menghabiskan beribu ringgit semata-mata ingin menyaksikan artis-artis ini secara live.
Tuesday, 7 May 2013
Kenapa pendiam
Aku merupakan seorang yang pendiam. Sejak dulu ramai sahabat yang bertanya,
"Kenapa pendiam?",
Jawapanku sentiasa sama, "Entah, memang dari kecil".
Aku sendiri tidak pasti bagaimana diri ini menjadi pendiam. Sering kali juga aku berasa terganggu dengan keadaan ini. Aku menangis dan menanyakan pada Allah,
"Kenapa aku pendiam?", "Kenapa aku seorang yang suram?", "Kenapa aku tidak mempunyai kawan rapat?".
Aku menyalahkan Allah atas keadaanku ini dan merasakan Allah tidak adil kepadaku. Tetapi benarkah begitu?
Subscribe to:
Posts (Atom)